Sunday, October 7, 2007

Maklumbalas daripada pihak JPS(Jabatan Pengairan dan Saliran)



Pada 3 September 2007,kumpulan kami telah membuat temuramah di JPS Kota Tinggi dan pegawai yang bertanggungjawab memberi penerangan ialah Pn.Supartini.Menurut beliau,penduduk Kg.Kelantan mempunyai budaya membuang sampah kedalam sungai dan aktiviti ini telah diwarisi sejak turun temurun .Keadaan ini berlaku disebabkan Kg.Kelantan bukan terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Tinggi menyebabkan penduduk terpaksa membawa sampah mereka ke bandar untuk dibuang.Dengan ini penduduk mengambil jalan mudah dengan mencampakkkan sampah ke dalam sungai.

Kerajaan telah menjalankan pelbagai kempen bagi memupuk kesedaran dikalangan penduduk seperti Kempen Pencinta Sungai,namun penduduk kampung masih lagi meneruskan tabiat lama mereka kerana mentaliti penduduk yang menganggap sampah yang dibuang ke sungai akan hilang begitu sahaja dibawa arus.

Selain itu,kerajaan juga telah menjalankan kerja-kerja penggalian bagi mendalamkan sungai.Namun keadaan ini kurang efisen kerana sungai yang telah didalamkan juga tidak mampu sepenuhnya untuk menampung limpahan air ketika banjir.Aras air laut ialah 5.45m ,manakala aras Sg.Johor akan mencecah 3.0m semasa air pasang dan surut secara normal.Hasil aktiviti pendalaman sungai yang dilaksanakan hanya mampu menambahkan kedalaman sungai sebanyak 1.5m sahaja.Oleh itu,masih ada baki lebih kurang 1m lagi untuk mengatasi aras air yang naik demi mengelakkan banjir.Projek ini telah menelan kos berjuta-juta ringgit.

Aktiviti mandalamkan memerlukan kos yang tinggi jika di bandingkan dengan kos memindahkan penduduk terus ke kawasan baru di samping dapat mengurangkan risiko keselamatan penduduk akibat banjir.Namun penduduk enggan meninggalkan tanah mereka dengan alasan barang yang banyak selain faktor emosi(warisan,tanah kelahiran).

Faktor utama yang menyebabkan banjir besar besar di Kota Tinggi ialah hujan lebat yang turun secara luar biasa.Kejadian hujan lebat yang luar biasa ini adalah akibat daripada pertembungan angin kencang yang bertiup dari Lautan Pasifik Barat dengan luruan monsun dari Benua Rusia/China di kawasan Laut China Selatan.Dengan ini Kg.Kelantan dan Kg.Tembioh telah terlibat dalam perancangan bandar secara keseluruhannya .

Walaubagaimanapun ,kawasan setinggan yang wujud di Kg.Kelantan menyebabkan kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa ,dan penduduk kawasan setinggan itu sendiri sepatutnya mempunyai inisiatif sendiri dalam menjaga kawasan mereka.

Kesimpulannya ,banjir yang berlaku adalah disebabkan pelbagai faktor.Demi mengatasi masalah ini ,penduduk sepatutnya dipindahkan ke kawasan penempatan baru dan menjimatkan kos.berbanding dengan projek mendalam sungai yang menelan kos berjuta-juta ringgit.Duit hasil penjimatan kos itu boleh digunakan untuk projek pembangunan yang lain demi kepentingan bersama.

No comments: