Sunday, October 7, 2007

Maklumbalas daripada pihak JPS(Jabatan Pengairan dan Saliran)



Pada 3 September 2007,kumpulan kami telah membuat temuramah di JPS Kota Tinggi dan pegawai yang bertanggungjawab memberi penerangan ialah Pn.Supartini.Menurut beliau,penduduk Kg.Kelantan mempunyai budaya membuang sampah kedalam sungai dan aktiviti ini telah diwarisi sejak turun temurun .Keadaan ini berlaku disebabkan Kg.Kelantan bukan terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Tinggi menyebabkan penduduk terpaksa membawa sampah mereka ke bandar untuk dibuang.Dengan ini penduduk mengambil jalan mudah dengan mencampakkkan sampah ke dalam sungai.

Kerajaan telah menjalankan pelbagai kempen bagi memupuk kesedaran dikalangan penduduk seperti Kempen Pencinta Sungai,namun penduduk kampung masih lagi meneruskan tabiat lama mereka kerana mentaliti penduduk yang menganggap sampah yang dibuang ke sungai akan hilang begitu sahaja dibawa arus.

Selain itu,kerajaan juga telah menjalankan kerja-kerja penggalian bagi mendalamkan sungai.Namun keadaan ini kurang efisen kerana sungai yang telah didalamkan juga tidak mampu sepenuhnya untuk menampung limpahan air ketika banjir.Aras air laut ialah 5.45m ,manakala aras Sg.Johor akan mencecah 3.0m semasa air pasang dan surut secara normal.Hasil aktiviti pendalaman sungai yang dilaksanakan hanya mampu menambahkan kedalaman sungai sebanyak 1.5m sahaja.Oleh itu,masih ada baki lebih kurang 1m lagi untuk mengatasi aras air yang naik demi mengelakkan banjir.Projek ini telah menelan kos berjuta-juta ringgit.

Aktiviti mandalamkan memerlukan kos yang tinggi jika di bandingkan dengan kos memindahkan penduduk terus ke kawasan baru di samping dapat mengurangkan risiko keselamatan penduduk akibat banjir.Namun penduduk enggan meninggalkan tanah mereka dengan alasan barang yang banyak selain faktor emosi(warisan,tanah kelahiran).

Faktor utama yang menyebabkan banjir besar besar di Kota Tinggi ialah hujan lebat yang turun secara luar biasa.Kejadian hujan lebat yang luar biasa ini adalah akibat daripada pertembungan angin kencang yang bertiup dari Lautan Pasifik Barat dengan luruan monsun dari Benua Rusia/China di kawasan Laut China Selatan.Dengan ini Kg.Kelantan dan Kg.Tembioh telah terlibat dalam perancangan bandar secara keseluruhannya .

Walaubagaimanapun ,kawasan setinggan yang wujud di Kg.Kelantan menyebabkan kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa ,dan penduduk kawasan setinggan itu sendiri sepatutnya mempunyai inisiatif sendiri dalam menjaga kawasan mereka.

Kesimpulannya ,banjir yang berlaku adalah disebabkan pelbagai faktor.Demi mengatasi masalah ini ,penduduk sepatutnya dipindahkan ke kawasan penempatan baru dan menjimatkan kos.berbanding dengan projek mendalam sungai yang menelan kos berjuta-juta ringgit.Duit hasil penjimatan kos itu boleh digunakan untuk projek pembangunan yang lain demi kepentingan bersama.

PeNdAhuLuaN



Kami telah menjalankan soal selidik di seluruh Kampung Kelantan yang terdiri daripada 30 orang responden dengan responden lelaki seramai 13 orang dan responden perempuan seramai 17 orang.Responden-responden tersebut terdiri daripada pelbagai kaum iaitu kaum Melayu seramai 27 orang ,kaum cina seorang ,serta responden yang merupakan kacukan antara India dan Cina seramai dua orang.Kajian kami juga melibatkan responden daripada pelbagai umur iaitu responden yang berumur 30 tahun dan keatas seramai 11 orang ,30 hingga 40 tahun seramai 9 orang,dan responden yang berumur 40 tahun keatas seramai 10 orang.Ini kerana kami ingin mendapatkan respon daripada semua golongan tanpa mengira kaum dan umur.Selain itu,responden yang kami temui juga terdiri daripada golongan dari pelbagai sektor pekerjaan seperti ,buruh atau pekerja kilang,guru,pemandu,peniaga,suri rumah, dan juga pelajar.

Soalan 1



Ulasan :Berdasarkan carta pai diatas ,bilangan responden bagi kedua-dua pendapat adalah sama banyak.Ini jelas menunjukkan tidak semua penduduk mempunyai kesedaran tehadap kebersihan sungai.Menurut temubual kami dengan penduduk kampung ,kami mendapati bahawa penduduk di Kg.Kelantan memang mempunyai tabiat membuang sampah ke dalam sungai.Tabiat ini seolah-olah telah diwarisi sejak turun-temurun.Pihak JPS(Jabatan Pengairan dan Saliran ) yang kami temui juga mengesahkan perkara yang sama..Bagaimanapun ,aktiviti tersebut kian berkurangan dewasa ini berikutan timbulnya kesedaran di kalangan penduduk kampung tentang pentingnya kebersihan sungai hasil kempen yang berterusan seperti ‘Kempen Cintailah Sungai Kita’ oleh pihak-pihak yang berkenaan.Pada banjir besar yang lepas,faktor sungai merupakan salah satu faktor yang menyebabkan banjir.Kedalaman Sungai Johor tidak mampu menampung air yang bertambah dengan banyak dalam masa yang singkat lalu menyebabkan air melimpah dan menenggelamkan hampir keseluruhan Kota Tinggi.

Soalan 2



Ulasan :Berdasarkan graf diatas ,majoriti penduduk bersetuju bahawa kejadian banjir banyak memberikan kesan keatas aktiviti harian iaitu seramai 27 orang ,manakala hanya tiga orang sahaja yang tidak bersetuju.Antara aktiviti harian yang terjejas termasuklah memasak,membasuh,dan menonton televisyen .Ini berikutan semua peralatan rumah termasuk pakaian ,perabot,pinggan mangkuk,dan peralatan elektronik telah rosak akibat banjir.Selain itu ,banyak barang-barang keperluan yang telah dihanyutkan arus selain daripada keadaan rumah yang dipenuhi dengan lumpur .Penduduk terpaksa bertungkus lumus untuk membersihkan rumah mereka.Kanak-kanak sekolah pula tidak dapat pergi ke sekolah kerana semua peralatan sekolah seperti buku,pakaian ,dan beg telah dihanyutkan banjir.Selain itu,sekolah mereka sendiri turut mengalami kerosakkan yang teruk akibat banjir.

Soalan 3



Ulasan :Berdasarkan graf diatas,semua responden bersetuju bahawa banjir telah merosakkan banyak tanaman dan ternakan penduduk kampung.Semasa banjir tanaman ditenggelami oleh air dalam tempoh yang lama menyebabkan tanaman sukar menjalani proses fotosintesis serta akar tanaman juga mereput lalu menyebabkan tanaman layu dan mati.Binatang ternakan seperti ayam dan itik juga mati akibat lemas .Semasa banjir penduduk hanya menyelamatkan diri serta keluarga masing-masing dan tidak menghiraukan binatang ternakan mereka.Selain itu,paras banjir terlalu tinggi dan menenggelamkan kebanyakan reban ayam di kampung tersebut.

Soalan 4




Ulasan :Merujuk graf diatas,kebanyakan responden tidak bersetuju bahawa binatang ternakan mati semasa banjir iaitu seramai 28 orang ,manakala hanya empat orang yang bersetuju.Ini kerana majoriti penduduk Kg.Kelantan tidak mempunyai binatang ternakan.Antara faktor yang menyebabkan penduduk tidak berminat menternak binatang adalah banjir yang sering melanda kampung tersebut.Banjir berlaku hampir setiap tahun di kawasan tersebut .Namun banjir yang berlaku tidak sebesar banjir yang melanda pada awal tahun 2007.Bagaimanapun ini sudah cukup untuk membuat penduduk serik dalam menternak binatang.Kampung Kelantan terletak bersebelahan dengan Sg.Johor,ini menyebabkannya senang dilanda banjir ketika musim tengkujuh.Namun disebabkan perasaan sayang amat sangat terhadap kampung tersebut menyebabkan penduduk tetap setia menetap disitu dan enggan berpindah keluar.

Soalan 5 & Soalan 13



Ulasan :Berpandukan graf diatas ,seramai 26 responden mengatakan bahawa banjir telah mengubah persekitaran kawasan penempatan mereka,manakala hanya empat orang yang tidak bersetuju.Keadaan ini memang jelas dapat dilihat apabila kami mengelilingi Kg.Kelantan untuk membuat tinjauan.Kami mendapati kebanyakan rumah yang terletak berhampiran dengan sungai sudah tidak berpenghuni lagi kerana penghuni yang asal telah serik untuk menetap di Kg.Kelantan lagi lalu berpindah ke tempat lain yang lebih selamat.Dengan ini,bilangan penduduk di Kg.Kelantan kian berkurangan .Daripada rumah yang ditinggalkan kosong,masih terdapat kesan lumpur pada dinding rumah akibat banjir.Berdasarkan kesan tersebut ,kami dapat membayangkan batapa besarnya banjir yang telah melanda kampung tersebut iaitu paras air hampir mencecah atap di kebanyakan rumah terutamanya rumah yang berhampiran sungai.Bagi penduduk yang tetap bertekad untuk meneruskan kehdupan di Kg.Kelantan pula,telah mengecat rumah mereka dengan cat yang baru bagi menutupi kesan lumpur pada dinding..Selain itu,kami juga dapat melihat beberapa kenderaan yang tersadai di tepi rumah kerana rosak akibat banjir.Selain kenderaan ,perabot-perabot di kebanyakan rumah juga telah rosak akibat terlalu lama terendam di dalam air.Ekoran itu,kami mendapati di kebanyakan rumah penduduk tidak terdapat perabot asas seperti sofa dan almari.Rumah mereka kelihatan lengang tanpa perabot.

Soalan 6



Ulasan :Berdasarkan graf di atas,hampir kesemua responden bersetuju bahawa terdapat hakisan tanah yang berlaku di kawasan sekitar selepas banjir iaitu seramai 29 orang dan hanya seorang yang menafikannya.Hasil tinjauan yang kami lakukan memang terdapat hakisan tanah yang berlaku terutamanya di tebing sungai.Tebing sungai di Kg.Kelantan telah terhakis dengan teruk akibat arus banjir yang sangat deras.Akibat arus yang deras, struktur tanah di tebing sungai menjadi tidak stabil lalu menggelongsor kearah sungai dan keadaan ini dikenali sebagai hakisan.Hakisan yang berlaku menyebabkan lebar sungai bertambah tetapi dalam masa yang sama hakisan telah mengurangkan kedalaman sungai iaitu sungai menjadi semakin cetek akibat mendakan tanah di dasar sungai.Selain itu,pokok-pokok yang dulunya tumbuh di tepi sungai kini telah tumbang.Namun sehingga hari ini,belum terdapat usaha-usaha yang dapat dilihat bagi memulihkan hakisan yang berlaku.Dikhuatiri jika masalah ini tidak diatasi dengan segera ,hakisan akan bertambah buruk dan mengancam keselamatan penduduk yang tinggal berhampiran sungai.Selain itu,hakisan yang belaku juga telah mengurangkan jarak antara rumah penduduk terutamanya yang terletak bersebelahan sungai.Dan jika hakisan terus berlaku,kemungkinan besar rumah –rumah tersebut akan roboh.

Soalan 7



Ulasan :Merujuk graf diatas ,sebanyak 20 responden bersetuju bahawa terdapat masalah gangguan bau busuk di sekitar tempat tinggal ,manakala 10 orang lagi tidak bersetuju.Gangguan bau busuk ini berpunca daripada longgokan sampah yang terdiri daripada barang keperluan harian ,perabot,pakaian ,dan juga bangkai binatang .Sebaik sahaja banjir surut,keseluruhan kawasan kampung dipenuhi dengan bermacam-macam sampah .Walaupun pihak –pihak yang berkenaan telah bertungkus lumus membersihkan sampah-sampah tersebut,tetapi disebabkan bilangan sampah yang banyak ,mereka tidak dapat membersihkan sampah-sampah tersebut dalam masa sehari dan akibatnya sampah-sampah ini telah mereput lalu menyebabkan bau busuk.Bau busuk ini menimbulkan rasa ketidakselesaan di kalangan penduduk kampung.

Soalan 8



Ulasan :Berdasarkan graf di atas,sebanyak 18 responden mengatakan bahawa terdapat sistem saliran yang tersumbat di kawasan sekitar kampung ,manakala 12 responden lagi menafikannya.Antara faktor yang menyebabkan sistem saliran tersumbat ialah sampah sarap yang dibawa oleh arus banjir seperti tilam ,pakaian,dan perabot.Ketika banjir,banyak barang-barang penduduk yang hanyut kerana mereka tidak sempat menyelamatkan barang-barang kepunyaaan mereka.Akibatnya kita dapat melihat seolah-olah ’tsunami’ barang-barang berlaku.Apabila air telah mula surut,sampah-sampah ini telah menutupi sistem saliran dan seterusnya menghalang aliran air.Selain itu,kegagalan pihak yang berkenaan menjalankan penyelenggaraan terhadap sistem saliran juga menyebabkan sistem saliran gagal berfungsi dengan efisen.Menurut pihak JPS(Jabatan Pengairan dan Saliran ),jika banjir tidak meebihi tiga hari ,keadaan tersebut masih boleh ditangani.Tetapi jika melebihi tiga hari maka kaedah yang lebih efektif perlu difikirkan bagi menangani situasi tersebut terutamanya yang berkaitan dengan sistem saliran.

Soalan 9



Ulasan :Berdasarkan graf diatas,lebih banyak responden bersetuju bahawa banjir telah menyebabkan berlakunya pencemaran di sesetengah kawasan kampung iaitu seramai 20 responden ,manakala 10 orang lagi responden menolak penyataan tersebut.Antara pencemaran yang berlaku adalah pencemaran tanah dan pencemaran air yang disebabkan oleh sampah sarap yang dibawa arus banjir.Selain itu,pencemaran bau turut berlaku akibat longgokan sampah serta bangkai binatang yang mereput.Pencemaran ini boleh mendatangkan kesan negatif sekirannya tidak ditangani dengan baik terutamanya terhadap kesihatan penduduk.Walaubagaimanapun,kesemua pencemaran ini telah dapat diatasi dengan baik hasil penggembelingan tenaga semua pihak yang seterusnya dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit.

Soalan 10 & Soalan 11



Ulasan:Berdasarkan graf diatas ,jelas menunjukkan bahawa kebanyakan penduduk tidak menjalankan sebarang aktiviti pertanian apabila hanya 11 responden sahaja yang menjalankan aktiviti pertanian ,manakala 19 responden lagi tidak menjalankan sebarang aktiviti pertanian walaupun hanya sebagai aktiviti sampingan.Faktor kuat yang menyebabkan kurangnya penduduk menjalankan aktiviti bercucuk tanam adalah kerana kampung tersebut seringkali dilanda banjir apabila tibanya musim tengkujuh.Faktor ini secara tidak langsung menyebabkan penduduk serik untuk bercucuk tanam.Selain itu,penduduk tidak sanggup menanggung risiko kerugian akibat banjir.Bagi penduduk yang sememangnya gemaar bercucuk tanam ,mereka tidak menghiraukan risiko kerugian yang bakal ditanggung.Antara tanaman yang dihasilkan ialah sayur-sayuran ,dusun buah-buahan,serta pokok kelapa dan getah.

Soalan 12



Ulasan : Berdasarkan graf diatas ,seramai 19 orang responden bersetuju bahawa banjir telah menjejaskan mata pencarian mereka sekeluarga ,manakala 11 orang respond yang lain menganggap banjir yang berlaku tidak menjejaskan mata pencarian mereka.Rata-rata penduduk Kg.Kelantan bekerja sebagai buruh dan bekerja sendiri.Apabila banjir melanda mereka tidak dapat keluar mencari rezeki dan seterusnya menjejaskan sumber pandapatan.Banjir yang berlaku bukan sahaja telah menjejaskan mata pencarian penduduk Kg.Kelantan ,bahkan hampir kesemua penduduk di Kota Tinggi kerana ekonomi Kota Tinggi lumpuh akibat banjir.Dan pada saat ini penduduk masih dalam proses untuk memulihkan ekonomi masing-masing.Walaubagaimanapun,bantuan yang dihulurkan oleh pelbagai pihak samaada dalam bentuk barangan ataupun wang ringgit telah sedikit sebanyak mengurangkan beban mereka.

Soalan 14 & Soalan 17




Ulasan :Berdasarkan kedua-dua graf diatas,majoriti penduduk bersetuju bahawa pihak JPS(Jabatan Pengairan dan Saliran)telah menyelenggara sistem saliran dengan baik dan juga sangat berpuas hati terhadap penyelenggaraan tersebut.Walaubagaimanapun terdapat segelintir responden yang tidak berpuas hati dengan JPS. Menurut pihak JPS ,terdapat beberapa tempat yang tidak dapat disenggara kerana faktor pemilikan .Kebayakkan tanah di Kg.Kelantan merupakan tanah persendirian dan ini menyebabkan JPS tidak boleh menceroboh kawasan ini sesuka hati kerana pihaknya boleh dikenakan saman oleh tuan tanah.Selain itu,terdapat tuan tanah yang tidak memberi kerjasama kepada pihak JPS untuk membuat parit di tanah mereka dan hanya bekerjasama setelah mendapat bayaran pampasan.Faktor ini menyebabkan penggalian parit sukar dilakukan dan akibatnya air tidak dapat mengalir keluar dan bertakung lalu menyebabkan penyakit denggi dan lain-lain.

Soalan 15&Soalan 18



Ulasan :Berdasarkan graf diatas,23 orang responden bersetuju bahawa terdapat pihak tertentu yang mengambil inisiatif untuk mengelakkan banjir pada masa akan datang,manakala hanya tujuh orang responden menafikannya.Antara usaha yang dilakukan adalah projek mendalamkan Sg.Johor.Semasa kerja-kerja pendalaman sungai dijalankan,mereka telah menjumpai banyak barang-barang milik penduduk selain daripada timbunan pasir yang banyak.Projek yang menelan kos berjuta-juta ringgit ini dilihat kurang efisen kerana menurut JPS pendalaman Sg.Johor hanya dapat menambahkan kedalaman sungai sebanyak 1.5 meter sahaja dan masih ada lebih kurang 1 meter lagi kedalaman yang patut ditambah bagi mengelakkan banjir.Ini berikutan aras air laut adalah 5.45meter manakala aras air pasang surut secara normal adalah 3.0 meter.Selain itu,parit-parit yang telah sedia ada telah diperbaiki bagi melancarkan pengaliran air serta lebih banyak parit telah dibina bagi menampung lebihan air terutamanya ketika musim tengkujuh.Ada segelintir penduduk yang mencadangkan agar pembalakan di kawasan tersebut dipantau supaya tidak memberi kesan buruk terhadap penduduk berhampiran.

Soalan 16



Ulasan :Berdasarkan graf di atas,majoriti responden bersetuju bahawa pihak berkuasa telah membaik pulih kerosakkan yang berlaku di kawasan kampung iaitu seramai 26 orang responden .Manakala yang selebihnya menolak.Menurut seorang penduduk yang kami temui,beliau berkata kerajaan telah membaik pulih semua kemudahan di kampung tersebut seperti surau dan sekolah kecuali rumah penduduk.Rumah penduduk adalah di bawah tanggungjawab masing-masing.

Soalan 19 & soalan 20



Ulasan :Berdasarkan graf diatas seramai 18 responden mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsikan untuk menjadikan kawasan persekitaran yang musnah semasa banjir dapat diperbaiki semula.Manakala 12 responden lagi tidak memberikan sebarang cadangan .Daripada kesemua cadangan yang diberikan ,kami merumuskan bahawa majoriti penduduk menginginkan agar sungai dan longkang didalamkan selain membuat benteng konkrit bagi menghalang hakisan terutamanya di tebing sungai.Ini berikutan hakisan di tebing sungai di kampung tersebut telah mencapai tahap yang kritikal.Mereka juga berharap agar kerajaan dapat membina rumah baru untuk mereka duduki terutamanya bagi penduduk yang kurang berkemampuan.Selain itu,penduduk juga berharap agar pihak-pihak yang berkenaan dapat penyelenggarakan sungai dan parit dengan lebih kerap lagi bagi membolehkan sungai tersebut berfungsi dengan sebaiknya.

Soalan 21


Ulasan :Berdasarkan graf diatas,majoriti penduduk bersetuju bahawa banjir telah meninggalkan kesan ke atas pembangunan Negeri Johor iaitu seramai 27 orang responden ,manakala tiga orang lagi tidak bersetuju .Pembangunan yang mampan sepatutunya dapat mengekalkan keselamatan terhadap risiko persekitaran yang boleh mengancam pencapaian pembangunan.Ini kerana pembangunan keatas tanah yang berisiko terhadap persekitaran seperti banjir bukan sahaja membazir sumber malah turut membantutkan pembangunan lanjutan.Dengan ini kita boleh katakan bahawa banjir yang berlaku bukan sahaja telah menjejaskan pembangunan Kota Tinggi bahkan turut menjejaskan Negeri Johor itu sendiri.Ini dapat dilihat apabila banyak projek yang tertangguh malah ada yang terpaksa dibatalkan akibat banjir dan ini menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit.Selain itu,ekonomi juga menjadi lumpuh kerana banyak premis pernigaan yang tidak dapat beroperasi kerana pelbagai faktor seperti ketiadaan bekalan elektrik serta kerosakkan barangan dagangan.Malahan di Bandar Kota Tinggi sendiri ada sesetengah premis seperti Hotel Natasha yang belum beroperasi sepenuhnya terutamanya di bahagian kafeteria hotel kerana mengalami kerosakkan yang teruk akibat banjir.Ini secara tidak langsung akan menjejaskan kedatangan pelancong ke Kota Tinggi.Sebagaimana yang kita sedia maklum ,sektor pelancongan mampu memberi pulangan yang lumayan kepada Negeri Johor.Tambahan pula Kota Tinggi merupakan tempat persinggahan para pelancong dari Singapura yang ingin ke Desaru

KeSimPuLan


Berdasarkan analisis terhadap jawapan soalan soal selidik yang kami kemukakan kepada 30 responden,dapat disimpulkan di sini bahawa sungai merupakan salah satu faktor yang penting dalam menyebabkan banjir besar di Kota Tinggi.Ini berikutan sikap penduduk yang tidak prihatin terhadap kepentingan sungai.Banjir telah membawa pelbagai kesan ke atas ekosistem dan juga pendudduk seperti aktiviti harian penduduk terganggu,tanaman serta ternakan yang mati dan banjir juga telah mengubah keadaan persekitaran seperti hakisan yang berlaku,perpindahan keluar penduduk dari Kg.Kelantan,masalah sistem saliran dan juga pencemaran.Mengenai peranan JPS(Jabatan Pengairan dan Saliran) pula,penduduk berpuas hati terhadap tindakan yang diambil oleh pihak JPS dalam membaik pulih sistem saliran.Penduduk turut mencadangkan beberapa perkara seperti mendalamkan sungai dan membina benteng serta menyelenggara sungai dengan lebih kerap.Isu-isu yang timbul ini memerlukan kesedaran dan kerjasama daripada semua pihak.Justeru itu,semua pihak seharusnya duduk semeja dan berbincang mengenai penyelesaian yang boleh diambil dalam menangani isu yang timbul.Selain itu,pemikiran penduduk juga kena berubah kearah yang lebih positif sesuai dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti.