Sunday, October 7, 2007

Maklumbalas daripada pihak JPS(Jabatan Pengairan dan Saliran)



Pada 3 September 2007,kumpulan kami telah membuat temuramah di JPS Kota Tinggi dan pegawai yang bertanggungjawab memberi penerangan ialah Pn.Supartini.Menurut beliau,penduduk Kg.Kelantan mempunyai budaya membuang sampah kedalam sungai dan aktiviti ini telah diwarisi sejak turun temurun .Keadaan ini berlaku disebabkan Kg.Kelantan bukan terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Tinggi menyebabkan penduduk terpaksa membawa sampah mereka ke bandar untuk dibuang.Dengan ini penduduk mengambil jalan mudah dengan mencampakkkan sampah ke dalam sungai.

Kerajaan telah menjalankan pelbagai kempen bagi memupuk kesedaran dikalangan penduduk seperti Kempen Pencinta Sungai,namun penduduk kampung masih lagi meneruskan tabiat lama mereka kerana mentaliti penduduk yang menganggap sampah yang dibuang ke sungai akan hilang begitu sahaja dibawa arus.

Selain itu,kerajaan juga telah menjalankan kerja-kerja penggalian bagi mendalamkan sungai.Namun keadaan ini kurang efisen kerana sungai yang telah didalamkan juga tidak mampu sepenuhnya untuk menampung limpahan air ketika banjir.Aras air laut ialah 5.45m ,manakala aras Sg.Johor akan mencecah 3.0m semasa air pasang dan surut secara normal.Hasil aktiviti pendalaman sungai yang dilaksanakan hanya mampu menambahkan kedalaman sungai sebanyak 1.5m sahaja.Oleh itu,masih ada baki lebih kurang 1m lagi untuk mengatasi aras air yang naik demi mengelakkan banjir.Projek ini telah menelan kos berjuta-juta ringgit.

Aktiviti mandalamkan memerlukan kos yang tinggi jika di bandingkan dengan kos memindahkan penduduk terus ke kawasan baru di samping dapat mengurangkan risiko keselamatan penduduk akibat banjir.Namun penduduk enggan meninggalkan tanah mereka dengan alasan barang yang banyak selain faktor emosi(warisan,tanah kelahiran).

Faktor utama yang menyebabkan banjir besar besar di Kota Tinggi ialah hujan lebat yang turun secara luar biasa.Kejadian hujan lebat yang luar biasa ini adalah akibat daripada pertembungan angin kencang yang bertiup dari Lautan Pasifik Barat dengan luruan monsun dari Benua Rusia/China di kawasan Laut China Selatan.Dengan ini Kg.Kelantan dan Kg.Tembioh telah terlibat dalam perancangan bandar secara keseluruhannya .

Walaubagaimanapun ,kawasan setinggan yang wujud di Kg.Kelantan menyebabkan kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa ,dan penduduk kawasan setinggan itu sendiri sepatutnya mempunyai inisiatif sendiri dalam menjaga kawasan mereka.

Kesimpulannya ,banjir yang berlaku adalah disebabkan pelbagai faktor.Demi mengatasi masalah ini ,penduduk sepatutnya dipindahkan ke kawasan penempatan baru dan menjimatkan kos.berbanding dengan projek mendalam sungai yang menelan kos berjuta-juta ringgit.Duit hasil penjimatan kos itu boleh digunakan untuk projek pembangunan yang lain demi kepentingan bersama.

PeNdAhuLuaN



Kami telah menjalankan soal selidik di seluruh Kampung Kelantan yang terdiri daripada 30 orang responden dengan responden lelaki seramai 13 orang dan responden perempuan seramai 17 orang.Responden-responden tersebut terdiri daripada pelbagai kaum iaitu kaum Melayu seramai 27 orang ,kaum cina seorang ,serta responden yang merupakan kacukan antara India dan Cina seramai dua orang.Kajian kami juga melibatkan responden daripada pelbagai umur iaitu responden yang berumur 30 tahun dan keatas seramai 11 orang ,30 hingga 40 tahun seramai 9 orang,dan responden yang berumur 40 tahun keatas seramai 10 orang.Ini kerana kami ingin mendapatkan respon daripada semua golongan tanpa mengira kaum dan umur.Selain itu,responden yang kami temui juga terdiri daripada golongan dari pelbagai sektor pekerjaan seperti ,buruh atau pekerja kilang,guru,pemandu,peniaga,suri rumah, dan juga pelajar.

Soalan 1



Ulasan :Berdasarkan carta pai diatas ,bilangan responden bagi kedua-dua pendapat adalah sama banyak.Ini jelas menunjukkan tidak semua penduduk mempunyai kesedaran tehadap kebersihan sungai.Menurut temubual kami dengan penduduk kampung ,kami mendapati bahawa penduduk di Kg.Kelantan memang mempunyai tabiat membuang sampah ke dalam sungai.Tabiat ini seolah-olah telah diwarisi sejak turun-temurun.Pihak JPS(Jabatan Pengairan dan Saliran ) yang kami temui juga mengesahkan perkara yang sama..Bagaimanapun ,aktiviti tersebut kian berkurangan dewasa ini berikutan timbulnya kesedaran di kalangan penduduk kampung tentang pentingnya kebersihan sungai hasil kempen yang berterusan seperti ‘Kempen Cintailah Sungai Kita’ oleh pihak-pihak yang berkenaan.Pada banjir besar yang lepas,faktor sungai merupakan salah satu faktor yang menyebabkan banjir.Kedalaman Sungai Johor tidak mampu menampung air yang bertambah dengan banyak dalam masa yang singkat lalu menyebabkan air melimpah dan menenggelamkan hampir keseluruhan Kota Tinggi.

Soalan 2



Ulasan :Berdasarkan graf diatas ,majoriti penduduk bersetuju bahawa kejadian banjir banyak memberikan kesan keatas aktiviti harian iaitu seramai 27 orang ,manakala hanya tiga orang sahaja yang tidak bersetuju.Antara aktiviti harian yang terjejas termasuklah memasak,membasuh,dan menonton televisyen .Ini berikutan semua peralatan rumah termasuk pakaian ,perabot,pinggan mangkuk,dan peralatan elektronik telah rosak akibat banjir.Selain itu ,banyak barang-barang keperluan yang telah dihanyutkan arus selain daripada keadaan rumah yang dipenuhi dengan lumpur .Penduduk terpaksa bertungkus lumus untuk membersihkan rumah mereka.Kanak-kanak sekolah pula tidak dapat pergi ke sekolah kerana semua peralatan sekolah seperti buku,pakaian ,dan beg telah dihanyutkan banjir.Selain itu,sekolah mereka sendiri turut mengalami kerosakkan yang teruk akibat banjir.

Soalan 3



Ulasan :Berdasarkan graf diatas,semua responden bersetuju bahawa banjir telah merosakkan banyak tanaman dan ternakan penduduk kampung.Semasa banjir tanaman ditenggelami oleh air dalam tempoh yang lama menyebabkan tanaman sukar menjalani proses fotosintesis serta akar tanaman juga mereput lalu menyebabkan tanaman layu dan mati.Binatang ternakan seperti ayam dan itik juga mati akibat lemas .Semasa banjir penduduk hanya menyelamatkan diri serta keluarga masing-masing dan tidak menghiraukan binatang ternakan mereka.Selain itu,paras banjir terlalu tinggi dan menenggelamkan kebanyakan reban ayam di kampung tersebut.

Soalan 4




Ulasan :Merujuk graf diatas,kebanyakan responden tidak bersetuju bahawa binatang ternakan mati semasa banjir iaitu seramai 28 orang ,manakala hanya empat orang yang bersetuju.Ini kerana majoriti penduduk Kg.Kelantan tidak mempunyai binatang ternakan.Antara faktor yang menyebabkan penduduk tidak berminat menternak binatang adalah banjir yang sering melanda kampung tersebut.Banjir berlaku hampir setiap tahun di kawasan tersebut .Namun banjir yang berlaku tidak sebesar banjir yang melanda pada awal tahun 2007.Bagaimanapun ini sudah cukup untuk membuat penduduk serik dalam menternak binatang.Kampung Kelantan terletak bersebelahan dengan Sg.Johor,ini menyebabkannya senang dilanda banjir ketika musim tengkujuh.Namun disebabkan perasaan sayang amat sangat terhadap kampung tersebut menyebabkan penduduk tetap setia menetap disitu dan enggan berpindah keluar.

Soalan 5 & Soalan 13



Ulasan :Berpandukan graf diatas ,seramai 26 responden mengatakan bahawa banjir telah mengubah persekitaran kawasan penempatan mereka,manakala hanya empat orang yang tidak bersetuju.Keadaan ini memang jelas dapat dilihat apabila kami mengelilingi Kg.Kelantan untuk membuat tinjauan.Kami mendapati kebanyakan rumah yang terletak berhampiran dengan sungai sudah tidak berpenghuni lagi kerana penghuni yang asal telah serik untuk menetap di Kg.Kelantan lagi lalu berpindah ke tempat lain yang lebih selamat.Dengan ini,bilangan penduduk di Kg.Kelantan kian berkurangan .Daripada rumah yang ditinggalkan kosong,masih terdapat kesan lumpur pada dinding rumah akibat banjir.Berdasarkan kesan tersebut ,kami dapat membayangkan batapa besarnya banjir yang telah melanda kampung tersebut iaitu paras air hampir mencecah atap di kebanyakan rumah terutamanya rumah yang berhampiran sungai.Bagi penduduk yang tetap bertekad untuk meneruskan kehdupan di Kg.Kelantan pula,telah mengecat rumah mereka dengan cat yang baru bagi menutupi kesan lumpur pada dinding..Selain itu,kami juga dapat melihat beberapa kenderaan yang tersadai di tepi rumah kerana rosak akibat banjir.Selain kenderaan ,perabot-perabot di kebanyakan rumah juga telah rosak akibat terlalu lama terendam di dalam air.Ekoran itu,kami mendapati di kebanyakan rumah penduduk tidak terdapat perabot asas seperti sofa dan almari.Rumah mereka kelihatan lengang tanpa perabot.